Thursday, 24 January 2013

Hidup Baru.

Assalamualaikum semua! Hi I'm back.


Setelah sekian lama tak update blog, pergh dah berhabuk blog aku *pegang vacum*. LOL sebenarnya aku nak cerita pasal hidup baru aku setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan. Hmm segala suka duka pahit manis dah aku lalui. Seriously aku rindukan 2011. Rindu masa zaman form 5, rindu nak buat homework, rindu nak tidur dalam kelas, rindu nak gosip dengan bff, rindu nak makan kat kantin, rindu nak usya crush, eh. *gatal kau jah*. kekeke.


Seperti yang sedia maklum, aku tak sambung belajar macam kawan-kawan aku atas masalah yang pernah aku post sebelum ni. So, aku buat keputusan untuk kerja and tolong mak aku. Hmm start bulan June 2012 aku interview kerja dekat Ipoh as a cashier dekat company Safeguards G4S. Ramai yang tak tahu kerja aku ni macam mana, and paling teruk ramai ingat aku kerja jadi guards sebab company aku tu nama "SAFEGUARDS" LOL agak ah, badan aku kecik camni mana lah sesuai jadi mak guards. Ini sungguh merepek k.


Jawatan aku dalam company ni as a cashier. Kerja aku kira duit je lah dalam bilik kebal tu sampai runsing kepala hotak aku tengok duit. Ramai cakap "untunglah dapat pegang duit juta juta" Untunglah sangat tu. Siapa yang kerja sini tau la macam mana. Haha. Dah 7 bulan aku dengan company ni, so dengan kengkawan pon dah ngam, walaupun ada jugak yang mulut langsi, biasalah manusia. Bila cuti kami karaoke bersama, kat sini bff aku Liyana, aku panggil dia Kak Nana sebab dia lagi tua dari aku tapi perasan muda, wakakaka sorry kak.  Niat kerja nak cari duit untuk bantu keluarga. Kalau fikir pasal mulut orang memang dah lama berhenti kerja. So, kita kena kuatkan mental. Jangan cepat melatah. Kalau ada orang cari gaduh, sabarlah dan katakanlah "Nak Kicap?" haha okay ini semua poyo!


Bagi adik-adik lepasan SPM tahun 2012 aku nak cakap selamat datang ke dunia alam pekerjaan. Mesti rasa tak best kan? Mesti rasa rindu nak sekolah balik kan? Mesti rasa menyesal kan? k aku pon pernah alaminya. Bagi yang dapat tawaran sambung belajar tu, jangan hampakan mak ayah korang tau tau, study betul-betul, kejar  pointer tu, jangan main-main rotan kang *pegang rotan*


OK, setelah 7 bulan bekerja, jiwa pon rasa dah serasi dengan alam pekerjaan. Sebelum ni aku tolak semua tawaran sambung belajar, baik IPTA mahupun IPTS semua aku tolak tepi sebab aku fikirkan mak aku. So, aku kerja untuk cari duit. Sampai satu tahap aku menangis. Memikirkan masalah dan aku redha. Ya, tuhan itu maha adil dan maha mendengar segala doa ku. Akhirnya tuhan makbulkan doa aku walaupon lambat, aku tetap bersyukur.


Baru-baru ni aku dapat tawaran program kerja sambil belajar dalam Diploma Sains Kesihatan or Diploma of Health Science. Alhamdulillah family pon suruh pergi. Tapi kenapa aku rasa tak happy? Mungkin sebab aku nak tinggalkan kengkawan tempat kerja. Aku kena lapor diri on this 18th Feb. Dari situ mulalah kehidupan sebagai seorang pelajar semula. K dah lama tinggalkan sekolah dah lama tinggalkan buku, otak pun dah jad tepu, mampu kah aku kejar pointer? InsyaAllah aku akan cuba.


Disini aku nak nasihat kepada adik-adik, kalau tak dapat apa yang kita minta, jangan mudah putus asa untuk memohon kepada Allah, Allah itu maha mendengar doa hambanya. Kalau Dia tak makbulkan sekarang mungkin lambat laun doa itu akan makbul. Macam situasi aku, dulu aku berharap sangat dapat sambung belajar tapi atas masalah yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tolak tawaran dan kerja. And now, aku dapat tawaran dan family pon dah setuju. Alhamdulillah syukur sangat. Kesabaran itu penting ye adik-adik. Jangan cepat kecewa.


2012 dah pun berakhir. Sekarang dah masuk 2013. Omg percaya tak umur aku dah 19 tahun? Omaigad tua nya, but takpa muka masih baby face haha LOL *perasan* Tahun baru, azam pun kena baru, hidup baru, Boipreng baru, Eh haha, apa ni kita taknak cintan cintun lah, kita #TeamSingle. k Single ke? haha now aku lebih aktif di twitter je. Kalau ada pape mention je k. Ok tu je nak cerita tak boleh lebih-lebih, tak mau tak mau nanti gosip. Hehe. :p



Assalamulaikum. bye *lambai tangan*



8 comments:

  1. dapat sambung belajar tak cakap pun kan dekat hady, hmmm

    ReplyDelete
  2. Assalam..hai..nk tanya kerja cashier mcm mna masa awk kerja ari tuu.. ok tak? Ot smpai pukul brp?

    ReplyDelete
  3. Assalam..hai..nk tanya kerja cashier mcm mna masa awk kerja ari tuu.. ok tak? Ot smpai pukul brp?

    ReplyDelete
  4. keje cashier kira duit je hari2 masukkan dlm cassete,buat balancing,cdm dan loading..tu je..dok dlm bilik kebal. standard gaji dkat2 rm2k jgk la. klu ot byk la kan..elaun cashier rm100. keje 5hari seminggu. apa nak lagi kan..huhu

    ReplyDelete
  5. Nak tanya kerja khidmat pelanggan dkt safeguard buat apa je ye??sbb nak apply keje tu

    ReplyDelete