Saturday, 13 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1434H. :)

Assalamualaikum semua! Hi guys. Remember me?


Setelah enam bulan aku tak update blog, agak-agak ada tak orang yang still stalk blog aku? maaflah Datin busy sekarang, banyak kerja nak buat. Huhu perasan, kau ingat kau artis? LOL. Eh, dah enam bulan tak update blog ni nampaknya macam banyak je benda nak cerita ni. Haha, memang banyak pon! Eh, tapi mana boleh cerita lebih-lebih kat sini. Bahaya! Rahsia negara ni! Haha, btw masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan untuk korang semua. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan, lepas tu Raya. Yeayyy! Baju raya dah beli ke? Eh puasa penuh tau! Jangan ponteng puasa, nanti tuhan marah. Hehe. ;p


Tetttttt~ Bagi sesiapa yang pernah baca post aku sebelum ni, seperti yang sedia maklum sebelum ni masa bulan Februari aku pernah daftar study dekat Vision College, Kelana Jaya for Diploma in Health Science tu kan? Haaa, sebenarnya kan kan~ kita dah berhenti dah pon dari kolej tuu. Ramai yang tak tahu and bagi yang dah tahu tu pulak diorang semua "OMG, kenapa berhenti??". K suka hati aku lah. -.- Hmm, adalah masalah tertentu. K nak tahu ke?? Tak payah lah, benda dah lepas kan. Huhu *padahal memang taknak bagitau*. Ok kita reverse balik masa bulan Februari punya cerita. Jadi selepas 3bulan aku daftar dekat kolej tu, dan selepas jiwa dan raga, zahir dan batin aku terseksa kat sana *amboi ayat taknak kalah*, then aku pon ambik keputusan drastik untuk withdraw daripada kolej tu atas SEBAB TERTENTU..saya ulang..SEBAB TERTENTU. *lepas ni tolong jangan cari aku then tanya sebab apa aku berhenti* -.-


Al kisahnya, lepas tu aku pon pergilah membawa diri pulang ke kampung halaman *dengan muka tebal*. Ececeh! Ha, nak tahu apa aku buat lepas berhenti kolej? TLDM yakni Tidur Lepak Dan Makan. Best kan? Badan pon makin sihat. Haha, then aku pon ada jugak buat permohonan online IPTA and kerja kerajaan. Tiba-tiba, ada satu company call aku suruh datang interview kerja. Aku pon pergi je lah, dok rumah pon bukan boleh dapat duit. Lepas interview aku pon start kerja. Nak tahu aku kerja apa? Advertising company, nama company tu DNMC International. Kerja aku pergi shoplot, masuk government, kedai makan apa semua then advertise sambil jual produk kesihatan. Amekaw! dah macam direct selling.



Haa, ni lah kawan-kawan baru aku dekat DNMC International. Comel kan minah pashmina hitam tu. :p


Seriously wa cakap lu, seumur hidup aku tak pernah lagi aku dapat kerja yang kena bercakap dengan orang awam yang aku tak kenal. Kadang-kadang main tegur jer orang kat tepi jalan lepas tu bagi brochure sampai orang tu terkejut bila aku tiba-tiba tegur dia -.- Yelah, kalau aku jadi orang awam lepas tu tiba-tiba ada orang tegur, mestilah aku pon terkejut lepas tu dalam hati mesti cakap *pehal la minah ni nak jual barang kat sini plak*. Tapi aku try je, mula-mula gugup jugak aku nak tegur orang yang kita tak kenal, yelah aku ni pemalu orangnya *wink*, tebal muka doe, tapi aku buat bodo je lah, aku just nak advertise produk kesihatan je, bukan nak mengorat pon. Lepas lama-lama leader aku train aku, aku dah tak malu dah nak tegur orang. Wah, dah pro dah. Thanks lah dekat leader aku si Ben tu sebab selalu bagi semangat kat aku. Sejak kerja situ aku dah jadi friendly dengan orang yang aku tak kenal. Haha, tapi bila dah friendly ada plak lah mamat-mamat mangkok ayun yang mintak nombor, cakap nak order padahal..puih!


Haaa, ni lah dialog aku tiap kali nak tegur orang awam dekat kedai makan ke, shoplot ke, dalam mall ke.

" hai akak/abang, mintak maaf mengganggu. haa, saya dari ipoh advertising company just nak bagi akak/abang free brochure ni. kami ada buat promosi kat sini, minggu ni sahaja..and bla bla bla"


Kalau korang kat tempat aku berani tak korang tegur orang tiba-tiba je macam tu? Ha, memang susah tapi dah lama-lama senang je. Best tau. Haha, masa mula-mula aku buat kerja ni aku terfikir, *eh betul ke apa aku buat ni, apa benda yang kau dah buat ni iela*. Lama-lama bila aku mula think positive, jyeah sebenarnya tak salah kan kalau nak cari pengalaman. Ada jugak customer yang tanya aku "tak susah ke kerja macam ni? jalan sana sini jual barang tengah panas-panas", aku pon jawap "nak buat macam mana, senyum jelah". Sepanjang aku buat kerja ni, pernah la jugak bila aku tegur customer then bila dia nampak aku bawak brochure dia pon mula lah cakap "sorry-sorry tengah busy ni". Ada jugak yang bagi feedback "Eh, apa benda ni adik? Berapa harga dia". Haa, bila dengar camtu tanda greenlight dah. Benda paling best bila orang beli produk kita tu, wahh seronoknya rasa, like heaven beb. Haha, pernah jugak sekali tu aku pergi sekolah then jual dekat cikgu-cikgu situ then ada sorang cikgu tu puji "disebabkan awak pandai bercakap saya nak order satu produk ni. kalau awak student sini saya bagi awak A." Wahh, kembang je aku bila cikgu tu puji. Kekeke. ;p


Bila dah lama-lama kerja situ aku pon dah selesa dengan suasana and rakan sekerja yang otak gila-gila babi. Memang kelakar lah diorang, aku pon tunjuk la perangai sebenar aku yang gila-gila jugak tu. Kerja macam ni kena jadi friendly dengan semua orang, then kami semua pon redah je lah kalau nak buat apa-apa dekat office ke luar office ke sampai terbawak ke rumah. Excited betul aku. Haha, hari-hari pergi kerja aku rasa macam pergi kem bina semangat. Sebab setiap pagi masa dekat office kami akan practice bercakap dan menari sambil menjerit dan bersorak kecoh satu office sekali dengan  manager memang sporting habis. Setiap malam khamis pulak kami ada team night dengan team masing-masing. Team aku nama dia Exploders. Ben ketua aku, Kei, aku and John anak buah Ben, kiranya Ben tu 'bapak' kitorang lah kat situ.


Lepas tiga minggu aku kerja situ, aku dapat tawaran sambung belajar dekat Politeknik Sultan Idris Shah in Diploma Sains Kesetiausahaan. Alhamdulillah, dapat jugak aku tawaran IPTA.. dah serik dah aku dengan IPTS. Tapi dalam masa yang sama, aku sedih jugak nak tinggalkan tempat kerja aku. Sedih nak tinggalkan kawan-kawan aku, diorang dah macam family aku. Tapi, untuk masa depan aku kena sambung belajar jugak. Alhamdulillah 26hb Jun haritu aku dah daftar masuk. Sekarang dah start belajar dah pon. Dah dapat kawan baru, mula-mula aku kekok jugak nak bergaul dengan diorang semua. Tapi sekarang dah okay dah. Aku paling suka subject Office Suite Software. Main komputer je, memang hobi aku lah pon. Huhu and course aku ni kena pakai cantik-cantik sebab SU kan. Lepas tu nanti kena pakai heels pergi class. Watehell macam muka aku ni nak pakai heels alamatnya hari-hari aku terpeleot. Tahun ni aku first time berpuasa dan berbuka puasa di asrama. Haha, sebelum ni dengan family je. Rindu pulak nak berbuka dengan family, nak berebut ayam dengan pakcik aku macam dulu-dulu. Sob sob T_T



Ni lah roomate aku, Sha, Yatie and Fifi. :)



With Yatie and Nusya time makan kepci at Sungai Besar. :)



With Mek Klate 2 ore. Mek Teha and Mek Rai. Tapi sayangnya Mek Teha dah keluar poli, dia dah balik Kelantan. Hmm, we miss you. T_T


Aku harap sangat aku akan kekal belajar dekat poli ni, taknak tukar-tukar tempat study dah. Tapi aku sebenarnya malu jugak, sebab bacth aku kebanyakkannya umur 18, aku pulak sesat 19 tahun, tapi tak ramai yang tahu. Haha, perasan muda pulak dah. *tolonglah jangan panggil aku akak please* -.- Kawan-kawan aku yang sama umur dengan aku semua dah sem 2, sem 3, aku ni? Baru nak sem 1. Untunglah korang dah jadi senior. Tapi tak apalah, nak belajar tak kira umur kan? Sesape pon boleh sambung belajar even dah umur 30 sekalipun tapi nanti bila dah konvo umur pon dah lanjut la baru dapat diploma. Huhu. Nasib baik jugak lah Politeknik aku ni dekat lah jugak dengan Perak. Tapi agak pendalaman sikit la. Bapak giler jauh dari pekan. Betul-betul ulu. Line maxis pon macam c****. Itu yang buat aku tension. *Relax brother brother relax*


Haaa, ni cek nak habaq kat hampa semua. Kalau dah sambung belajar kat mana-mana IPTS or IPTA ke tolong lah habiskan study sampai last sem, jangan berhenti tengah jalan macam aku sebelum ni. Tapi, aku berhenti ada sebab. Bukan sebab tak boleh bawak course or apa. Adalah sikit masalah problemnya. *Jangan sebok nak tahu lah* Hehe. 




New friends lagiii...with Teha and Syaf. Waktu class Office Management kitorang bergambar plak kat belakang. Kekeke.


So, dah tu je nak cerita, haha. Okay byebye *lambai tangan*

  Assalamualaikum..




1 comment: